Pada awal kependudukan penghuni Taman Berkat Jaya, terdapat pelbagai cerita seram dan mistik menjadi buah mulut rata- rata penduduk di kawasan ini. Antaranya ialah penampakan pocong di jalanan, hantu raya, toyol dan lain- lain entiti yg wujud di Malaysia sahaja (drakula dan casper tidak termasuk). sebelum ini pun kawasan Kg. Batu Lada pernah digegarkan dengan kisah Bigfoot beberapa tahun lalu sehinggakan krew Misteri Nusantara pernah membuat liputan di sini. namun kisah tersebut tiada kena mengena dengan kisah di Taman Berkat Jaya ini. Entiti yang paling popular di sini ialah toyol. Ramai penduduk yang mendakwa ternampak toyol di sekitar rumah mereka. Di sini saya sempat merakamkan temubual mereka yang pernah terserempak dengan toyol..
Mangsa 1:
Puan Nonie:" aritu sayo nnapok toyol tu dale bilik anok saya kt blik blake skali..bade dyo kechik jah, kaler supo wrno peti jah, nok kato hija supo klabu, nok klabu supo hija...kesimpule nyo iolah toyol tu kaler hija kelabu-labuan. maso tu wktu gorib..sayo dae napok smeta jah makhluk tu sebab dyo lari derah tlajok..nok gi kejar takut pulok sero..huhu"
Mangsa ke-2:
Yusran: " maso tu ambo duk tengok tv, kbetule pulok ado cermin kat sbeloh tv tu. pah tu ambo ado jeling2 la kt cermin sapai mato pun napok juling doh siket. tu..maso tu dale pkul 10 male, ambo napok ado supo budok kecik duk main kt dapur..kaler hija klabu- klabu gitu.. bilo gi dapur bendo tu berdecum lari ikut pitu dapor,yg peliknyo pintu tutup pun dio bleh tubik jugok.. kenaling kakloh ambo.."
Begitulah kisahnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan