Halaman

Sabtu, 5 Februari 2011

MENGENALI TAMAN BERKATJAYA

SEJARAH TAMAN BERKAT JAYA;


Dengar sahaja taman berkat jaya pasti sudah terbayang di fikiran kita " oo.. mesti byk keberkatan di sini.. " perkataan berkat diikuti perkataan jaya menambahkan lagi kehebatan nama taman perumahan yang terletak di kg. Kubang lebur ini. Lokasi taman perumahan ini sangat strategik kerana terletak di bekas tapak ladang kelapa sawit, di belakang kubur kg.Batu Lada dan berdekatan dengan Taman Burung Kuala Krai hahaha.. dan terlindung daripada kesibukan metropolitan Kuala Krai =). Jadi ramai yang tidak tahu akan kewujudan taman perumahan ini (strategik sungguh).
Taman Berkat Jaya siap dibina pada penghujung tahun 2006 Masihi bersamaan 1427 Hijrah tahun labi-labi. Pada waktu itu, keadaan jalan masih lagi bertanah merah dan sangat lecah apabila hari hujan. Namun begitu, jalan masuk utama ke taman ini  sudah bertar. Pada asalnya taman perumahan ini terdiri daripada  4 blok deretan rumah teres dan 7 buah banglo, namun setelah  mendapat sambutan yang memberangsangkan blok rumah teres satu tingkat ini ditambah lagi sebanyak 3 blok dan satu surau dibina bersebelahan dengan padang permainan di sini. begitulah ceritanya..




POPULASI PENDUDUK TAMAN BERKAT JAYA:


Keluarga pertama yang menduduki Taman Berkat Jaya ialah keluarga Encik Zaul atau nama glamournya pok cik zull tbj ...haha. Ketika itu, keadaan sekitar taman perumahan ini masih gelap gelita pada malam harinya kerana masih tidak dipasang lampu jalan. Setelah beberapa bulan barulah lampu jalan di pasang oleh En. Hishamudin Nagaligam setelah beliau berpindah ke sini. Keluarga kedua yang menetap di sini ialah keluarga En. Wan Nur diikuti oleh keluarga En. Zulkifli, cuba dipintas tapi tidak berjaya oleh keluarga En. Edi dan didikuti rapat oleh Keluarga En.Mazri. Kependudukan penduduk di kawasan ini bagaikan di litar perlumbaan atau kata pepatahnya " seperti cendawan tumbuh selepas hujan". Populasi penduduk di Taman Berkat Jaya bertambah dengan cepat ekoran daripada keinginan yang membuak- buak para penghuni untuk merasai suasana tinggal di kediaman baru merka. Akhirnya semua  blok kediaman penuh dan sarat serta tidak beri peluang (macam iklan racun shieldtox..) kepada mereka yang berminat atau berniat untuk turut mendiami taman perumahan yang penuh barakah ini terpaksalah menunggu kerana kawasan ini telah sarat dengan penghuni.
rumah sewa pun sudah tiada..... wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan